View Full Version: Kisah Isteri Curang

Choppersgarage > Kedai Kopi > Kisah Isteri Curang


Title: Kisah Isteri Curang


triplesaber - December 17, 2007 08:17 AM (GMT)
Kisah ni jadikan iktibar dlm memilih pasangan dan juga muhasabah diri. Sapa2 nak kawin tu jgn atas dasar nak seks smata, sbb agama menyuruh kita mencari teman hidup yg kaya agamanya, insyaallah.

‘Isteriku berlaku sumbang’
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Aksi biadab seorang isteri yang mengadakan hubungan sulit dengan rakan sepejabatnya terbongkar selepas suami wanita itu menemui lapan gambar aksi durjana mereka yang dirakam menggunakan telefon bimbit.

Kelapan-lapan gambar lucah itu mendedahkan segala perbuatan hina wanita terbabit yang juga seorang kakitangan kerajaan sejak beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun wanita itu yang terbukti bermain kayu tiga, enggan mengaku bersalah, malah dikatakan sanggup bersumpah menjunjung al-Quran walaupun gambar pada telefon bimbit berkenaan jelas bukan dihasilkan secara ‘super impose’ (pertindihan).

Lebih mengecewakan apabila rakaman gambar lucah itu dipercayai turut disebarkan di kalangan teman sekerja wanita terbabit.

Penemuan itu menyebabkan suami mangsa yang berusia 26 tahun terkejut sebelum membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan, dekat sini, baru-baru ini.

Sumber polis berkata, dalam laporan polis yang dibuat pada jam 8 malam itu, mangsa yang bekerja sebagai pegawai penerbitan mendakwa menerima rakaman gambar lucah isterinya bersama lelaki terbabit selepas berjumpa seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai isteri suspek.

Menurutnya, wanita terbabit menunjukkan gambar suaminya berselingkuh dengan isteri pegawai penerbitan itu dalam telefon bimbit yang dicuri daripada suaminya.

Difahamkan semua gambar lucah perbuatan zina itu dirakam di rumah lelaki terbabit yang terletak di unit pangsapuri Jalan Ikan Mas, di sini.

Pegawai penerbitan itu kemudian meminta semua gambar jijik isterinya itu dipindahkan ke telefon bimbit miliknya.

Dia menjadikan gambar perlakuan zina isterinya sebagai bukti untuk tindakan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan siasatan polis.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Zul mendakwa, dia amat tertekan dan kecewa dengan kejadian itu apatah lagi selepas mendirikan rumah tangga hampir tujuh tahun selain dikurniakan seorang anak lelaki.

Menurutnya, dia lebih kesal apabila hubungan sumbang itu dilakukan sesama kakitangan kerajaan sebelum gambarnya sengaja disebarkan.

Menurutnya, isterinya yang berusia 26 tahun mula bekerja di sebuah agensi kerajaan di Menara PGRM, Jalan Pudu Ulu, Cheras, sejak setahun lalu.

“Sebelum ini saya kerap mendengar khabar angin tidak baik mengatakan isteri menjalin hubungan sulit dengan rakan sekerjanya. Namun perkara itu tidak dapat dibuktikan kerana isteri saya sering menyembunyikan telefon bimbitnya.

“Bagaimanapun saya terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada rakan sekerja isteri saya yang memaklumkan mengenai pengedaran gambar lucah isteri bersama kekasihnya itu,” katanya.

Malah lebih teruk apabila gambar dan rakaman terbabit dipindahkan melalui Bluetooth kepada rakan lain sebagai bukti lelaki berkenaan pernah meniduri isteri mangsa.

“Namun ketika ditanya, isteri saya menafikan dan sanggup bersumpah atas nama Tuhan tidak pernah bersekedudukan,” katanya.

Zul berkata, dia sudah membuat aduan kepada majikan isterinya selain aduan sama dibuat di Jabatan Perdana Menteri (JPM) supaya tindakan tatatertib diambil terhadap pasangan zina terbabit namun setakat ini, belum ada tindakan diambil.

Dia juga berikrar akan mengheret pasangan kekasih gelap itu ke Mahkamah Syariah, tidak lama lagi.

“Saya tambah sangsi apabila isteri saya mendakwa payu daranya lebam kerana menjalani pemeriksaan kanser payu dara. Namun saya mengesyaki ia kesan gigitan cinta kerana tiada rekod nama isteri saya ketika saya membuat rujukan di hospital dimaksudkan,” katanya.

Wartawan Harian Metro yang cuba menjejaki mangsa akhirnya berjaya memujuk mangsa untuk mendedah kejadian menyedihkan itu yang meranapkan rumahtangganya.


dan ni pulak, video dr YouTube=

Isteri Curang

fearfactor - December 17, 2007 10:55 AM (GMT)
Perrr...Siot Tul.

Jadi kan lah satu peringatan.

fadly98 - January 12, 2008 02:00 PM (GMT)
Parak laki tu kene! Padan muka!




* Hosted for free by InvisionFree